LAPORAN PENUH PROF DR HAFIDZI MOHD NOOR
Sedikit sebanyak biodata tetamu terhormat Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor berusia 55 tahun berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Berkelulusan PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland) dan kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Berkahwin dengan Hajjah Zuraidah Kornain dan dikurniakan tiga orang cahayamata. Beliau merupakan pendakwah dan aktivis kemasyarakatan sejak masih menuntut di universiti sehinggalah hari ini. Antara jawatan yang pernah dan sedang disandang oleh beliau ialah Pengerusi JIM INTERNATIONAL (1999 – 2000), Setiausaha Agong JIM (2001 – 2003), Mantan Naib Presiden JIM (2004 – 2005) dan Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence). Beliau juga sering menjadi tetamu Jemputan dan wawancara (TV/Akhbar Harian/Majalah), Radio IKIM (Ruangan Duniaku Buku dan Slot Fast-2-Fund untuk Palestin), Media...