e-FOLIO
TAN SRI OTHMAN SAAT
BIODATA
Tan Sri Haji Othman bin Mohd Saat merupakan seorang Menteri Besar Johor yang berkhidmat selepas 12 tahun mencapai kemerdekaan atau empat tahun selepas pembentukan Malaysia.Tokoh ini dikenali sebagai "TOKOH PEMBANGUNAN JOHOR".Beliau menjadi Menteri Besar Johor ke-11 yang mula bertugas pada 1 Februari 1967 sehinggalah 28 April 1982.
Tokoh yang dilahirkan di Kampung Sungai Terap Muar, Johor pada 4 April 1924 ini lebih dikenali dengan personalitinya yang suka berbaju cekak musang dan bersongkok mereng.Menurut beliau bersongkok mereng adalah kerana berdasarkan peraturan memakai songkok mengikut negeri iaitu songkok mestilah dipakai kira-kira satu inci daripada kening dan pemakaiannya mereng ke kanan.Personalitinya turut menjadi perhatian orang ramai kerana beliau sering berpakaian demikian di dalam Majlis Rasmi Kerajaan dan ketika pergi berdagang.
Beliau mempunyai keluarga dan dikurniakan anak seramai 18 orang.Di samping itu, beliau amat meminati dalam koleksi kereta mewah dan telah mempunyai 50 Jenis kereta mewah termasuklah Ferrari,Alfa Romeo,Diemler dan Jaguar.
Allahyarham telah meninggal dunia pada 27 Oktober 2007 kerana jangkitan kuman ketika umurnya 80 tahun di Hospital Sultan Ismail . Beliau juga merupakan pengasas UMNO . Terlibat dalam penubuhan kemajuan ekonomi Negeri Johor ( PKEN ), Perancangan dengan Felda Johor , Kemajuan Tenggara iaitu KEJORA serta pelabuhan Pasir Gudang Johor .
Beliau mempunyai keluarga dan dikurniakan anak seramai 18 orang.Di samping itu, beliau amat meminati dalam koleksi kereta mewah dan telah mempunyai 50 Jenis kereta mewah termasuklah Ferrari,Alfa Romeo,Diemler dan Jaguar.
Beliau bersama salah satu koleksi kereta mewahnya |
KEJAYAAN TAN SRI OTHMAN SAAT
Kehidupan beliau bermula dengan gerakan
nasionalisme melayu pada tahun 1940 an.Beliau menyertai UMNO selepas parti
politik itu ditubuhkan di Batu Pahat pada tahun 1946.perkara ini ditubuhkan
oleh Dato Onn Jaafar.
Beliau telah menjadi ahli
jawatankuasaUMNO pada tahun 1952 sekaligus mendaftarkan diri pada 1946 iaitu
pada 11Mei pada hari UMNO ditubuhkan..
Beliau juga telah menyertai pilihan
raya umum pada tahun1955 dan beliau memenangi kerusi dewan undangan negeri
johor tanpa bertanding.
Beliau juga pernah menjadi salah satu
ahli EXCO negeri johor pada tahun 1964 dan beliau dilantik sebagai ahli EXCO
pada tahun 1964 .
By: Mohamad Rafik Bin Sukardi
SUMBANGAN TAN SRI
OTHMAN SAAT
PENUBUHAN PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI JOHOR (PKENJ)
PKENJ berperanan sebagai agen
pembangunan perindustrian negeri Johor.Tahun 1970,Jemaah Lembaga Pengarah
Perbadanan dibentuk oleh beliau.Tujuannya untuk memastikan perancangan PKENJ
diawasi dan bergerak dengan lebih lancar.Pertubuhan tersebut dikawal oleh Tan
Sri Othman Saat sendiri.PKENJ membantu penyusunan semula masyarakat serta
membasmi kemiskinan di negeri Johor melalui pelbagai sektor pekerjaan.
KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)
Tan Sri Othman Saat menubuhkan KEJORA
dengan usahasama kerajaan negeri.KEJORA merupakan idea sepenuhnya oleh beliau
ketika menjadi Menteri Besar dan berfungsi sebagai satu perancangan pembangunan
wilayah yang komprehensif meliputi 750 000 ekar di Tanjung Pengerang dan Johor
Tengah.Melalui rancangan pembangunan wilayah inilah Johor diletakkan sebagai
negeri yang begitu membangun.
PELABUHAN PASIR GUDANG
Tan Sri Othman Saat telah menyumbangkan
idea dalam perancangan Projek Pembangunan Lembaga Pelabuhan Johor yang dikenali
dengan nama Pelabuhan Pasir Gudang.Lembaga Pelabuhan Johor ditubuhkan pada 1
Mei 1973 yang terletak di antara Sungai Buluh dan Sungai Tukang Besar dengan
jauh 20 batu dari bandar Johor Bahru.Sehubungan itu,pelabuhan ini menjadi
terkenal kerana persinggahan kapal-kapal serta menjadi publisiti dalam kemajuan
industri pelancongan.
PERANCANGAN DENGAN FELDA JOHOR
Tan Sri Othman Saat terus gigih
merancang kemajuan Johor dengan teliti dan memberi tumpuan terhadap pembangunan
tanah serta kawasan rancangan pertanian.Oleh itu,beliau bersama dengan pihak
Felda telah merangka beberapa projek baru pembangunan tanah dan kawasan
pertanian di negeri Johor.Antara projek terawal yang dirancang ialah Felda Taib
Andak dan Felda Bukit Batu.Kesannya,kawasan-kawasan tersebut kini pesat
membangun dengan industri pertanian yang menyumbang kepada pendapatan negeri
Johor.
By : Noor Dewi Sayang bt. Majilan
PENDIDIKAN TAN SRI
OTHMAN SAAT
Tan Sri Othman Saat telah memulakan dan menghabiskan pelajaran agamanya
di Sekolah Tinggi Arab Madrasah Al-Attas di Johor Bahru, dan kemudian
melanjutkan pendidikannya di Mekah selama dua tahun lagi.
Papan tanda Sekolah Tinggi Arab Madrasah Al Attas |
Selepas pulang dari Timur Tengah ketika berumur 16 tahun, Othman Saat memulakan kerjayanya dengan bekerja di syarikat perniagaan ayahnya. Beliau
Berasal bekerja dari keluarga aristokrat di kalangan orang Johor, Othman
saat mempunyai 3 adik beradik lelaki termasuk beliau sendiri. Abang sulungnya
ialah Y.B Dato' Hj Abdul Rauf bin Hj Mohd Saat, bekas Pegawai Tinggi Kerajaan
Johor atau J.C.S. Pernah memegang jawatan Yang Di-pertua Jemaah Majlis Diraja
Johor (Royal Court),Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ), Yang
Di-pertua Jabatan Agama Johor dll. Jalan Dato' Rauf di bandar Kluang adalah
sempena nama beliau yang pernah memegang jawatan Pegawai Daerah Kluang. Othman
juga mempunyai seorang lagi abang iaitu Y.B Orang Kaya Dato' Hj Hassan bin Hj
Mohd Saat, seorang penghulu kanan di Johor serta juga memegang jawatan Ahli
Surohanjaya Perkhidmatan Awam Johor dan Ahli Majlis Jemaah Majlis Di Raja
Johor. Keluarga Othman pernah dikatakan sebagai keluarga terkaya di Muar &
mungkin Johor sekitar tahun 1930-80 an. 3 beradik ini amat disegani dan
dihormati oleh orang Johor pada ketika itu.
Muar ketika kini PETA MINDA PENDIDIKAN TAN SRI OTHMAN SAAT |
KISAH KEMATIAN TAN
SRI OTHMAN SAAT
Beliau mati gara gara diserang angin
ahmar ringan pada 2001 dan 2002. Kaki kanan telah dipotong dari paras lutut
akibat gangren pada 2 Oktober 2007 di HSI dan beransur pulih. Tan Sri Othman
Saat menghidap sakit tulang belakang setelah terlalu lama terbaring di
katil.
Pada 27 Oktober 2007, beliau meninggal
dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Pandan, Johor Bahru akibat jangkitan
kuman sehingga membawa kepada septisemia (keracunan darah) pada jam 7.00 pagi.
Beliau meninggal dunia ketika berusia 80 tahun. Allahyarham disembahyangkan di
Masjid Sultan Abu Bakar dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.
Talkin dibacakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Nooh Gadut. Turut hadir Tunku
Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj.
Sebuah kampung di Johor telah dinamakan sebagai 'Kampung Othman Saat'
bagi mengenang jasanya.
Orang yang membacakan talkin ketika Pengkebumian Tan Sri Othman Saat PETA MINDA KEMATIAN TAN SRI OTHMAN SAAT |
Sumber rujukan:
http://members.tripod.com/alattas_johor/_perpindahan.html#
Muzium Tokoh Johor
Warisan Johor
https://ms.wikipedia.org/wiki/Othman_Saat
By:Fatin Azrina Binti Rohani
Comments
Post a Comment