Sedikit sebanyak biodata tetamu terhormat Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor berusia 55 tahun berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Berkelulusan PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland) dan kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Berkahwin dengan Hajjah Zuraidah Kornain dan dikurniakan tiga orang cahayamata. Beliau merupakan pendakwah dan aktivis kemasyarakatan sejak masih menuntut di universiti sehinggalah hari ini. Antara jawatan yang pernah dan sedang disandang oleh beliau ialah Pengerusi JIM INTERNATIONAL (1999 – 2000), Setiausaha Agong JIM (2001 – 2003), Mantan Naib Presiden JIM (2004 – 2005) dan Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence). Beliau juga sering menjadi tetamu Jemputan dan wawancara (TV/Akhbar Harian/Majalah), Radio IKIM (Ruangan Duniaku Buku dan Slot Fast-2-Fund untuk Palestin), Media...
TAN SRI OTHMAN SAAT BIODATA Tan Sri Haji Othman bin Mohd Saat merupakan seorang Menteri Besar Johor yang berkhidmat selepas 12 tahun mencapai kemerdekaan atau empat tahun selepas pembentukan Malaysia.Tokoh ini dikenali sebagai "TOKOH PEMBANGUNAN JOHOR".Beliau menjadi Menteri Besar Johor ke-11 yang mula bertugas pada 1 Februari 1967 sehinggalah 28 April 1982. Tokoh yang dilahirkan di Kampung Sungai Terap Muar, Johor pada 4 April 1924 ini lebih dikenali dengan personalitinya yang suka berbaju cekak musang dan bersongkok mereng.Menurut beliau bersongkok mereng adalah kerana berdasarkan peraturan memakai songkok mengikut negeri iaitu songkok mestilah dipakai kira-kira satu inci daripada kening dan pemakaiannya mereng ke kanan.Personalitinya turut menjadi perhatian orang ramai kerana beliau sering berpakaian demikian di dalam Majlis Rasmi Kerajaan dan ketika pergi berdagang. Beliau mempunyai keluarga dan dikurniakan anak seramai 18 orang. Di samping itu, beli...
Puteri Saadong Puteri Saadong atau Mariam (memerintah antara tahun 1667–1671), merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang , Raja Wanita Pertama negeri Kelantan . Nama penuh Puteri Saadong ialah Tuan Puteri Saadong binti Raja Loyor; juga memakai gelaran Puteri Vijaya Mala, Raja Jembal; merupakan anak perempuan Raja Loyor bin Raja Sakti , Raja Jembal. Puteri Saadong telah dibawa oleh Cik Siti Wan Kembang ke Bukit Marak apabila ibunya meninggal dunia. [1] [2] Puteri Saadong menggantikan pemerintahan ayahdanya yakni Raja Jembal pada tahun 1667, lalu Puteri Saadong ditabal sebagai Sultan Kelantan pada tahun yang sama. Baginda Puteri Saadong merupakan raja wanita ke-dua di negeri Kelantan . Cik Siti Wan Kembang telah memperkenankan perkahwinan antara Puteri Saadong dengan sepupunya iaitu Raja Abdullah bin al-Marhum Sultan Samiruddin, Raja Kelantan-Selatan (Jembal) apabila Puteri Saadong berumur sea...
Comments
Post a Comment